0

Salam Merdeka

 
Bismillahirahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1Malaysia
Salam MERDEKA
Ketua Pemuda Sura Gate
Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli Pemuda Umno Caw Sura Gate yang hadir semalam ke Program Sahur Merdeka Dun Sura ataupun Ambang Merdeka, yang mana tahun ini diadakan secara peringkat Dun.

Alhamdulillah kita semua berjaya melangsungkannya dalam suasana meriah, ringkas dan penuh kesyukuran, serta dalam keadaan cuaca yang cukup nyaman, tenang dan aman sekali.

Pertama kali bagi saya menyambut Merdeka di bulan Ramadhan, ianyanya menambahkan lagi keinsafan dan inayah yang diterima dibulan yang penuh keberkatan ini.

Akhir kata, sempena kemerdekaan negara kita yang ke 52 ini, marilah sama-sama kita kekalkan kemerdekaan ini, kekalkan ketuanan negara, ketuanan bangsa, kedaulatan agama...bebaskan dari penjajahan mental dan fizikal, bebaskan penjajahan mentaliti.

Terima kasih negaraku Malaysia.


Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!!

Ahmad Rahmat Bin Ramlee
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Caw. Sura Gate
Pengerusi Biro IT Pemuda Dun Sura
AJK Penerangan Pemuda Bhg Dungun