0

Masuk PAS : Zahar marah kerana tak dapat tender helikopter

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengucapkan `tahniah’ kepada PAS kerana menerima orang bermasalah dalam UMNO untuk menjadi ahli parti itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemasukan bekas Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan Datuk Zahar Hashim dan 28 Ketua UMNO Cawangan dalam bahagian berkenaan ke dalam PAS.

Zahar digantung keanggotaannya dalam UMNO selama tiga tahun pada awal bulan Disember kerana menjalankan kegiatan yang menjejaskan parti.

Beliau antara lain menyebarkan dakwaan mengatakan ada yang tidak betul dalam urusan pembelian Eurocopter.

Sebaliknya siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli Parlimen pembangkang baru-baru ini mendapati ia mengikut peraturan.

Zahar adalah antara mereka yang membida tender untuk kontrak membekalkan helikopter berkenaan.

Bagaimanapun menurut Muhammad, UMNO negeri itu akan mengadakan mesyuaratnya berhubung dengan perkembangan terbaru itu.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, tindakan Zahar menyertai PAS mudah difahami kerana beliau begitu marah kerana dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO.

Katanya, bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan itu seharusnya sedar tindakannya yang melanggar disiplin parti dengan memburuk-burukkan kepimpinan parti.

“Dia yang buat surat hentam Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan dijaja ke seluruh negara hanya kerana tidak dapat tender bekalkan helikopter kepada Kementerian Pertahanan.

“Dia juga dapat tanah beratus ekar daripada kerajaan Barisan Nasional dahulu tetapi masih tidak bersyukur. Bila dikenakan tindakan disiplin dia bukan main marah lagi,” katanya ketika dihubungi Agendadaily.

Namun kata Muhammad, tindakannya menyertai pembangkang itu mungkin juga disebabkan untuk mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Selangor sekarang kerana Zahar masih lagi aktif sebagai pemaju perumahan.

“Mungkin dia buat begini kot-kot dapat favour dari kerajaan negeri. Ini adalah jenis pemimpin yang tidak ikhlas,” tambah beliau.-agendadaily.com

0

Bubur Asyura

Sudah menjadi satu kemestian, setiap tahun UMNO Cawangan Suragate akan mengadakan majlis gotong royong memasak bubur asyura untuk diagihkan kepada penduduk sekitar Suragate.

Pada tahun ini, acara ini akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Masa : 8.00 pagi
Tarikh : 26 Januari 2009
Tempat : Perkarangan Fardhu Ain Kg Alur Tembesu.

p/s : Turut terlibat JKKK, KRT


RENUNGAN : ANTARA ADAT DAN SYARIAT

Perkara yang sering menjadi adat dikalangan kita ialah memasak BUBUR ASYURAA'. Hal ini disandarkan kepada peristiwa Nabi Allah Nuh as.

Disebutkan dalam kitab Nihayatuz Zain (halaman 196 Syeikh Nawawi Al-Banteni), Kitab Nuzhatul Majalis (halaman 172 Syeikh Abdur Rahman Al-Ushfuri), Kitab Jam'ul Fawaid ( halaman 132 Syeikh Daud Al-Fathoni) bahawasanya ketika mana bahtera Nabi Nuh as berlabuh di bukit Juudi pada hari Asyuraa maka berkatalah baginda kepada umatnya :

"Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih, maka dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila' iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas dan Ba'ruz dan tepung dan kacang Hinthoh sehingga menjadi tujuh jenis biji bijian yang dimasak"

"Maka berkata Nabi Nuh as : Masaklah sekaliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang".

Maka berdasarkan kisah inilah sebahagian kaum muslimin menjadikan makanan mereka itu daripada biji bijian yang dinamakan BUBUR ASYURAA' (bubur yang dimasak sempena hari kesepuluh dalam bulan Muharam). Dan itulah masakan yang pertama dimasak di atas permukaan bumi setelah berlakunya banjir besar dan taufan yang melanda bumi.

Syeikh Ibn Hajar Al Asqolani bersyair dengan katanya


في يوم عاشوراء سبع تهرس بر أرز ثم ماش عدس

وحمص ولوبيا والفول هذا هو الصحيح والمنقول

Maksudnya : Pada Hari Ayuraa' terdapat tujuh yang dimakan iaitu Gandum (tepung) Beras, kemudian Kacang Mash (kacang kuda) dan Kacang Adas (kacang dal).

Dan Kacang Himmash (kacang putih) dan Kacang Lubia ( sejenis kacang panjang) dan kacang Ful. Inilah kata-kata yang sohih dan manqul (yang diambil dari kata-kata ulamak).

Daripada apa yang dibahaskan di atas, maka dilihat bahawa sejarah BUBUR ASYURAA' ini diambil daripada peristiwa arahan dan perintah Nabi Nuh as kepada umatnya ketika dahulu.

Oleh itu, Adakah salah bagi kita mengambil apa yang dilaksanakan oleh umat terdahulu dan apa yang diarahkan oleh Nabi Nuh as kepada umatnya untuk kita pula laksanakannya?

Perkara ini bukanlah termasuk dalam hukum hakam yang ada nasakhnya dalam Syariat Islam. Ianya hanya kisah dan peristiwa yang perlu diambil iktibar dan dihayati oleh umat manusia dan seterusnya beriman dan menghampirkan diri kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa.

Andai ia arahan tadi merupakan suatu perintah, maka kita mengatakan ia merupakan Ash Syar'uu Man Qablana iaitu perkara syariat yang berlaku pada zaman dan umat terdahulu yang tidak dinasakhkan untuk menjadikan iktibar dan panduan hidup berterusan umat akan datang.

Maka BUBUR ASYURAA' merupakan salah satu daripada perkara yang disebutkan sebagai Ash Syar'uu Man Qablana yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita dan ia tidaklah di anggap sebagai suatu BIDAAH.

Tanggapan sebahagian orang yang mengatakan perkara ini BIDAAH dan adat semata-mata adalah tidak benar. Adat juga boleh menjadi Ibadah andai perkara seperti memasak BUBUR ASYURAA' ini kita jadikan sebagai amalan untuk mengingati dan menghayati peristiwa yang berlaku di zaman Nabi Nuh as. Kerana kelalaian dan lupa dengan tuntutan beragama, dan di sebabkan menuruti kehendak nafsu yang rakus, maka Allah tenggelamkan mereka sehingga tiada suatu pun yang tinggal dan disimpan untuk dimakan melainkan sedikit sahaja.

Maka tidak salah kita adakan Majlis Memasak BUBUR ASYURAA' dengan penghayatan tersebut dan bertujuan untuk memberi makan kepada keluarga, faqir miskin yang sangat memerlukan dan menjamu orang yang berbuka puasa dan sebagainya. Ia akan dihitung sebagai Ibadah yang mulia disisi Allah swt insyaallah.

0

Susulan Keputusan PRK P036 Kuala Terengganu


Kuala Terengganu 17 Jan — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini yang disifatkannya sebagai mencerminkan amalan demokrasi yang masih segar di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan calon Parti PAS, Wahid Endut pada pilihan raya itu membuktikan tiada manipulasi daripada segi perjalanan demokrasi di negara ini.

“Tak tempang dari segi amalan demokrasi di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu di sini hari ini.

ADUN wakaf mempelam itu menang dengan majoriti 2631 undi pada pilihan raya kecil itu.
Wahid memperoleh 32,883 undi, sementara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Faridh mendapat 30,252 undi dan calon Bebas 193 undi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Wahid, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata BN menghormati keputusan rakyat memilih Wahid sebagai anggota Parlimen kawasan itu.
“Seperti mana yang kita telah nyatakan dari awal lagi, bahawa kita akan hadapi laluan sukar dalam pertandingan ini,” katanya.

Mengambilkira undi BN yang semakin menurun, Najib berkata BN akan mengkaji kelemahan perikatan itu dan memperbaikinya.

“Kita bersedia buat perubahan yang perlu supaya dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN,” katanya sambil menambah, walaupun PAS menang kerusi Parlimen itu, namun kedudukan anggota Parlimen pembangkang tidak akan bertambah kuat. Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tidak akan tergugugat. Kami akan terus bekerja untuk rakyat!!!

0

PAS Mengaku Tidak Buat Apa-Apa Sewaktu Memerintah Terengganu


0

Masihkah Kau Ingat


0

Mengapa Perlu Pilih BN

Pertama, Pas pernah mengkafirkan orang Islam lain sewenang-wenangnya berdasarkan fahaman sempit mereka. Punca Pas mengkafirkan orang-orang UMNO ialah kerana UMNO bekerjasama dengan bukan Islam dan juga kerana tidak melaksanakan hukum hudud seperti mana ucapan amanat Hadi di Banggul Peradung.
Akibat amanat Hadi, maka timbulnya pelbagai kepincangan dalam masyarakat seperti sembahyang dua imam, haram sembahyang di masjid UMNO, haram makan sembelihan orang UMNO, tidak sah dinikahkan oleh imam UMNO, anak mengkafirkan ibu bapa, ibu bapa mengkafirkan anak, bercerai suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih dan benar terjadi kepada orang Melayu Islam di Malaysia.






Kedua, Pas menghalalkan perbuatan buruk seperti mengeji, menghina, memberi gelaran buruk, memaki hamun, memfitnah dan banyak lagi. Hukum mencaci, memaki, memberi gelaran buruk tidak dikatakan sebagai wajib ditinggalkan walaupun ia jelas dilarang dalam Al-Quran. Hukum hudud dan aurat dikatakan wajib dilaksanakan kerana jelas disuruh dalam Al-Quran.
Jika perkara hukum tinggalkan perbuatan mencaci, mencela dan sebagainya tidak dapat dibuat, macam mana hendak menjalankan syariat Islam lain yang lebih besar sedangkan syariat yang kecil pun tidak mampu dilaksanakan dengan sempurna.
Ketiga, Pas hanya memperalatkan Islam untuk mendapati simpati dan kuasa daripada orang Melayu. Perjuangan Pas bukannya seratus peratus hendak menegakkan Islam. Buktinya kebanyakan yang saya ketahui mereka yang menyertai Pas ini bukannya kerana sebab Islam itu sendiri, tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati dan nafsu amarah kerana tidak mendapat sesuatu seperti kebendaan, dendam peribadi dan pelbagai lagi sebab yang semuanya tidak berkait dengan faktor agama Islam semata-mata.Jika kita lihat kepada pemimpin Pas dan penyokongnya, kebanyakan mereka mengejar kebendaan seperti juga orang UMNO tetapi bezanya jika orang itu pengikut Pas, dia tidak akan dilabel mengejar kebendaan walaupun banyak harta dunia tetapi jika orang UMNO, mereka menuduh hanya mahukan kebendaan tidak kepada agama Islam.
Keempat, Pas telah menghakmilikkan Islam untuk partinya iaitu telah menyamakan Islam dengan partinya. Ini bukan rekaan. Saya sendiri pernah mengikuti ceramah Pas dan mendengar sendiri ucapan penceramahnya menyamakan Pas itu dengan Islam. Beliau telah membuat perumpamaan bahawa Islam dengan Pas ibarat kain dengan benang.
Tanpa benang (Islam), maka kain (Pas) tidak akan ada dan sebaliknya. Jadi tidak hairanlah jika pengikutnya begitu taksub, taat dan takut dengan larangan atau ucapan pemimpinnya.Mereka menganggap jika menentang Pas ibarat menentang Islam dan jika keluar daripada Pas, takut menjadi kafir seperti orang UMNO. Satu soalan yang tidak pernah dijawab oleh pemimpin Pas, adakah orang Islam lain di negara lain juga tidak Islam kerana tidak pernah kenal dan menyertai Pas?
Kelima, Pas tidak pernah membuat kenyataan mengutuk atau menolak golongan seperti Al-Maunah, Al-Qaeda, Jemaah Islamiah dan KMM. Ini membuktikan bahawa Pas menyokong sifat ekstrem, militan dan ganas. Sebaliknya Pas menuduh kerajaan menentang golongan yang cuba memperjuangkan Islam dan tidak ingin Islam berkembang. Paling sedih sekali, tuduhan kerajaan ingin menghapuskan terus agama Islam di Malaysia ini.
Keenam, Pas mengajar para pengikutnya konsep yang salah tentang syurga dan neraka terutama kepada golongan pengikut yang taksub dan kurang pengetahuan agamanya. Pas mengatakan bahawa pangkah partinya atau sokong akan dapat masuk syurga kerana mereka telah menyokong perjuangan Islam. Semua orang Islam menyokong perjuangan Islam tetapi tidak menyokong cara perjuangan Pas yang ekstrem, riak, bangga diri, mengaku lebih bijak dan pelbagai lagi sikap buruk yang menunjukkan cara perjuangan Pas yang tidak berhemah dan berhikmah.
Pemimpin Pas tidak menjelaskan bahawa banyak lagi syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang muslim untuk melayakkan diri masuk syurga. Tidak cukup hanya pangkah dan sokong Pas sahaja dapat masuk syurga, tetapi amalan lain seperti sembahyang, puasa, zakat, beramal jariah dan berakhlak baik termasuk tidak buruk sangka, tidak mengata orang, tidak memfitnah, tidak takbur, riak dan angkuh.Jika ditanya kepada Hadi dan Nik Aziz, mereka sendiri pun tidak tahu sama ada dapat masuk syurga kerana mereka juga melakukan banyak dosa mulut yang boleh menyebabkan kebinasaan besar. Jangan ingat hanya tangan yang boleh melakukan kebinasaan, bahana mulut adalah lebih teruk lagi.
Ketujuh, Pas cuma bersandiwara dan tidak bertanggung jawab dalam melaksanakan hukum hudud di Terengganu. Pas cuba mengelirukan orang Islam dengan mengatakan bahawa mereka telah melaksanakan hukum hudud sedangkan mereka tidak pernah melaksanakannya. Jika Pas melaksanakan hukum tersebut sudah tentu ada kes hudud dan qisas telah dilaksanakan sejak ia diwartakan pada bulan Ramadan 1424H. Kita harus faham makna warta dan laksana. Mewarta tidak bermaksud melaksana.
Jadi Pas hanya mewartakan sahaja hukum tersebut bagi menunaikan janjinya sahaja dan untuk modal bagi menghadapi pilihan raya 2004.Pas tidak bertanggungjawab kerana cuba melaksanakan hukum hudud bukan kerana Allah tetapi kerana tujuan politik.Ini kerana pemimpin dan pengikutnya mengatakan mereka sudah lepas daripada tanggungjawab apabila mewartakan hukum hudud dan qisas dan masalah untuk melaksanakan tidak dibuat bersungguh-sungguh. Mereka seolah-olah takut kepada Abdullah Badawi daripada Allah kerana memberi alasan kerajaan cuba menghalang pelaksanaannya.
Kelapan, Pas menerapkan fahaman dan konsep yang salah dalam menuntut ilmu. Ramai kanak-kanak tadika PASTI telah diasuh dengan sikap dan sifat yang tidak elok. Mereka menipu kanak-kanak dengan mengatakan ilmu agama lebih penting daripada ilmu-ilmu dunia yang lain. Pas juga menuduh kerajaan mengajar ilmu sekular. Pas sedar bahawa kerana tanpa ilmu dunialah umat Islam ditindas dan dibunuh sewenang-wenangnya oleh orang kafir.
Allah mengajar kita supaya mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Mereka tidak faham bahawa ilmu sains, teknologi dan ekonomi juga adalah ilmu kurniaan Allah. Mana bisa manusia boleh pandai sendirian tanpa kurniaan Allah.Nabi Muhammad s.a.w tidak mengajar kita supaya berdoa tanpa berusaha. Jika mahu berusaha dengan baik, tentulah kita memerlukan ilmu dan kemahiran yang relevan.
Kesembilan, Pas menanam sikap kepada pengikutnya supaya tidak perlu bersyukur kepada kerajaan yang memberi bantuan kepada mereka. Pas memberikan fahaman bahawa bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan dan mana-mana kerajaan pun termasuk kerajaan kafir akan membantu rakyatnya kerana sudah menjadi tanggungjawab.Tetapi Islam mengajar dan menggalakkan umatnya bersyukur dengan nikmat yang diterima sama ada daripada kerajaan ataupun pihak lain kerana segala nikmat itu datang daripada Allah.
Apakah para pemimpin Pas dan para pengikutnya tidak faham atau tidak mahu faham bahawa Allah mengurniakan rahmat melalui makhluk-Nya termasuk manusia, hujan, bumi, air dan segalanya. Maha Suci Allah!Nabi Muhammad S.A.W mengajar umatnya bahawa bermulanya agama dengan mengenali Allah, tetapi para pemimpin Pas seolah-olah tidak kenal Allah.
Kesepuluh, Pas sebenarnya telah meletakkan kesucian Islam di tempat yang hina dan rendah pada pandangan orang kafir kerana menggunakan perkataan Islam pada nama partinya. Ini memberi fahaman yang salah kepada orang kafir kerana setiap perbuatan buruk yang dilakukan oleh pengikut Pas akan dianggap sebagai sebahagian daripada ajaran Islam.Perbuatan mencaci, memaki hamun, memberi gelaran buruk, memfitnah, berbohong dan sebagainya akan dianggap sebagai tidak menyalahi dan menjadi satu amalan yang biasa oleh orang Islam. Sedangkan Islam tidak mengajar umatnya begitu.
Pada zaman Rasulullah, dakwah Islam tidak semestinya melalui percakapan tetapi perbuatan dan akhlak yang baik yang ditunjukkan oleh umat Islam pada waktu itu dapat menarik lebih ramai orang kafir memeluk Islam berbanding dakwah secara lisan. Tetapi ini tidak berlaku disebabkan pemimpin dan pengikut Pas yang mengaku Islam tetapi sikap dan akhlak mereka lebih teruk daripada orang kafir sendiri. Ini menyebabkan orang kafir memandangkan rendah kepada ajaran Islam dan seterusnya gagal menarik mereka memeluk Islam.

0

Petugas PRK

Seramai 6 orang Pemuda Umno Cawangan Suragate akan mewakili Pemuda Umno bahagian Dungun untuk bertugas di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu mulai 9 Januari 2009. Pada mulanya kami dijadualkan bertugas mulai 14hb - 17hb Januari ini tetapi khidmat kami ditagih lebih awal. Mereka yang terlibat adalah ;
  1. Ahmad Rahmat Bin Ramlee (Ketua Pemuda)
  2. Mohd Nizam Bin Razali
  3. Hafizul Bin Mamat
  4. Mohd Ridzuan Bin Said
  5. Mohd Napiah Bin A. Bakar
  6. Tenku Mohd Hanafiah Bin tengku Zahari
KAMI BERSEDIA BERKHIDMAT

0

Ceramah Ketua Pemuda Suragate

Untuk makluman, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Suragate Sdr Ahmad Rahmat Bin Ramlee akan menyampaikan ceramahnya di peti undi Gong Tok Nasek sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pada hari Sabtu ini (10 Januari 2009) jam 9 malam. Tajuk ceramah beliau adalah berfokuskan kepada "BARISAN NASIONAL SUATU EMPRESSI DAN KONKLUSI".

0

Pemuda UMNO Sedia Gempur Kuala Terengganu


0

Organisasi

Organisasi Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Suragate


Pengerusi Tetap Sdr. Wan Abdul Hafiz Bin A. Halim
Timb. Pengerusi Tetap Sdr. Hisbullah Bin Mamat
Ketua Pemuda Sdr. Ahmad Rahmat Bin Ramlee
Naib Ketua Pemuda Sdr. Khairul Amry Bin Ahmad
Setiausaha Sdr. Mohd Hafiz Fairus Bin Rosli
Bendahari Sdr.Syeikh Azam Bin Syeikh Omar
Ketua Penerangan Sdr. Muhammad Napiah Bin A. Bakar

Ahli Jawatankuasa :

  1. Sdr.Mohd Khairul Nizam Bin Razali
  2. Sdr.Mohd Noor Bin Razali
  3. Sdr.Ridzuan Bin Said
  4. Sdr. Hasadie Bin Mat Roof
  5. Sdr.Junaidy Bin Ghani
  6. Sdr.Hafizul Bin Mamat
  7. Sdr.Mat Zin Bin Abu Bakar
  8. Sdr.Azlizam Bin Alias

0

Hubungi Kami

Untuk sementara waktu ini, anda semua boleh menghubungi kami melalui email :

pemudasuragate@ymail.com jika mempunyai sebarang permasalahan, aduan dan juga untuk memberikan komen, kritikan dan pandangan. Atau melalui ruangan komen di bawah.

0

Lawatan Ke Hospital

Seramai 10 orang Pemuda Suragate telah ke Hospital Dungun untuk melawat saudara Junaidy yang ditahan di wad kerana bengkak kaki. Beliau merupakan salah seorang ahli Pemuda yang aktif dan telah memberikan banyak sumbangan kepada Umno Cawangan Suragate. Sewaktu lawatan dibuat beliau dilihat begitu ceria menerima kunjungan kami. Semoga beliau cepat sembuh.
Kelihatan Ketua Pemuda Suragate bersama ahli Pemuda bertanyakan sesuatu kepada saudara Junaidy.


0

Biodata Ketua Pemuda


Nama : Ahmad Rahmat Bin Ramlee
Umur : 27 tahun
Tarikh Lahir : 03 Januari 1982

Taraf Perkahwinan ; Bujang

Email : rahmat_email@email.com

Kerjaya : Pembantu Pegawai APMT (Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu) Parlimen Dungun

Jawatan Dalam Politik :

  1. Ketua Penerangan Umno Cawangan
  2. Timb. Pengerusi Biro IT Pemuda Umno Dun Sura
  3. Ketua Pemuda Umno Cawangan Suragate.
  4. AJK Biro Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Dungun.
Jawatan Dalam NGO
  1. Timbalan Pengerusi Jiran Muda-KRT Daerah Dungun
  2. Pengerusi Biro IT Jiran Muda-KRT Daerah Dungun
  3. Pengerusi Jiran Muda-KRT Cawangan Alur Tembesu
  4. Presiden Persatuan Belia Maya Dungun

0

Perasmian Jentera Peringkat Sayap

Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu Peringkat Sayap

Majlis ini telah diadakan sekitar jam 9 malam pada 5hb Januari 2009 di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Ianya dihadiri hampir keseluruhan besar pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN).



Antara Ahli Pemuda Umno Suragate Yang Hadir
Setiap Ahli Bersemangat Memberikan Sokongan Padu Pada Kepimpinan Parti



Ketua Pemuda Suragate (memakai ves) Sdr Ahmad Rahmat Bin Ramlee

***********************************************************************
Lain-Lain Gambar
***********************************************************************









0

Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu

Pemuda Suragate Optimis

Pilihanraya Kecil P.036 Kuala Terengganu memberikan peluang serta ruang buat kepimpinan baru Pemuda UMNO Cawangan Suragate untuk memberikan komitmen terhadap parti. Kami bersedia menghulurkan apajua bentuk tenaga yang diperlukan bagi memastikan Barisan Nasional kekal memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Skuad Pemuda Berani Suragate turut terlibat semasa hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu pada 6hb Januari 2009.



Seramai 5 orang petugas rasmi pilihanraya akan dihantar oleh Pemuda Umno Suragate yang akan bertugas mulai 13hb - 17hb Januari nanti iaitu:
  1. Ahmad Rahmat Bin Ramlee
  2. Nizam Bin Razali
  3. Mohamad Anapiah Bin A. Bakar
  4. Hafizul Bin Mamat
  5. Mohd Hanafiah

0

Galeri Foto