Saturday, January 17, 2009

Susulan Keputusan PRK P036 Kuala Terengganu


Kuala Terengganu 17 Jan — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu hari ini yang disifatkannya sebagai mencerminkan amalan demokrasi yang masih segar di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan calon Parti PAS, Wahid Endut pada pilihan raya itu membuktikan tiada manipulasi daripada segi perjalanan demokrasi di negara ini.

“Tak tempang dari segi amalan demokrasi di negara ini,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil itu di sini hari ini.

ADUN wakaf mempelam itu menang dengan majoriti 2631 undi pada pilihan raya kecil itu.
Wahid memperoleh 32,883 undi, sementara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Faridh mendapat 30,252 undi dan calon Bebas 193 undi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Wahid, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata BN menghormati keputusan rakyat memilih Wahid sebagai anggota Parlimen kawasan itu.
“Seperti mana yang kita telah nyatakan dari awal lagi, bahawa kita akan hadapi laluan sukar dalam pertandingan ini,” katanya.

Mengambilkira undi BN yang semakin menurun, Najib berkata BN akan mengkaji kelemahan perikatan itu dan memperbaikinya.

“Kita bersedia buat perubahan yang perlu supaya dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN,” katanya sambil menambah, walaupun PAS menang kerusi Parlimen itu, namun kedudukan anggota Parlimen pembangkang tidak akan bertambah kuat. Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tidak akan tergugugat. Kami akan terus bekerja untuk rakyat!!!

0 comments:

Post a Comment